Edit
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Take care of yourself. Kenapa aku pilih tajuk ni? Mungkin ada yang
tertanya2. Kadang-kadang kita leka dengan fantasi duniawi yang membuai perasaan
kita. Ia seakan-akan menarik kita pergi jauh dan jauh daripada Allah swt. Buat
kita lalai dan leka. Atau dapat kita takrifkan benda itu yang sepatutnya harus
jadi lagha' pula. Kadang-kadang kita anggap benda tu remeh, so let it be. Ramai
yang beranggapan begitu. Mungkin itulah sedikit-sebanyak menyumbang ke arah
keruntuhan akhlak para remaja sekalian.
Fitrah manusia itu cenderung ke arah kebaikan. Tak ada yang ke arah kejahatan.
Even yang jahat2 tu pun tahu akan kesalahan dia. Dah tahu dah kesannya. Seperti
entri sebelum ni "Orang yang tahu tak semsetinya dia sedar. Tapi orang
yang sedar, insyaAllah dia tahu." Kenapa every motivator akan keluarkan
ayat yang sama? Pernah tak kita terfikir? So buat refleksi diri balik.
Persiapan taubat sangat penting. Kenapa perlu bertaubat?
·
Nabi Muhammad saw yang maksum (terhindar drpd dosa) pun setiap hari
minta ampun dengan Allah. Inikan pula kita yang setiap hari ada saja dosa
check in dalam list kiri. Jarang miss. Kita perlu banyakkan berdoa dan
rajin-rajin buat amalan sunat supaya ada juga bekalan sampingan untuk dibawa di
sana nanti.
·
Banyakkan istighfar. Banyak dah ditampal di notice board terutamanya di
masji atau surau. Setiap istighfar ada waktu yang afdal diamalkan. Seperti Ya Allah every Saiyyidul Ayyam a.k.a
Jumaat.
Ada tak kita ambil iktibar? Ada tak kita muhasabah? Kalau kita kaji
balik Quran itu, banyak sangat kisah-kisah yang menceritakan Allah membinasakan
banyak kaum yang derhaka terhadap Allah. Contohnya kisah kaum Nabi Nuh a.s
yang kaumnya Allah turunkan banjir besar terhadap mereka. Yang hidup dan
terselamat hanya orang-orang yang beriman dan bertaqwa sahaja. MasyaAllah.
Itu suatu pengajaran buat kita semua.
Kaum-kaum terdahulu Allah turunkan on the spot tapi kita Allah beri
peluang. Itu pun ada yang malas nak berusaha lagi. Nak hidup senang tapi
langsung taknak bersusah even sedikit pun. Sedarlah wahai umat manusia akhir
zaman. Banyak-banyak kaji Quran insyaAllah kita menjadi orang yang lebih baik.
p/s: amin
Istighfar
- Surah
Al-A'raf : 23
- Surah
Nuh : 28
- Surah
Ibrahim : 28
- Maa'thurat
*Setiap nabi ada istighfar yang berbeza yang diabadikan dalam Al-Quran*
Pernah atau tidak kita tertanya-tanya apa punca kita ni makin hari makin jauh daripada Allah?
- Dah tahu
tapi lengahkan
Sewaktu umur 20 tahun…
"Alaa takpe. Aku baru 20 tahun. Masih panjang
lagi nak taubat. Esok lusa dah 40 tahun nanti barulah taubat. Sekarang
masa nak enjoy. Enjoylah cukup-cukup...."
Sewaktu umur 40 tahun...
"Alaa...Baru 40. Muda lagi. Aku masih nak
enjoy dengan benda-benda ni. Ni tengah asyik. Nanti dah 60 aku
taubatlah..."
Perasan tak? Makin lama, makin tangguh. Ada saja 1001 alasan yang akan
keluar. Esok Allah tarik nyawa tak sempat nak sampai 60. Kan sia-sia. Jangan asyik fikir nak enjoy je
dengan kehidupan sementara ni. Sepatutnya kita lebih kuat bekerja,
lebih bersungguh-sungguh nak mencapai yang lebih baik.
- Kesan
- Tak dapat hampir dengan Allah
- Tidak akan mendapat kasih sayang dan
cinta Allah
Dosa + Maksiat = Tak dapat REDHA ALLAH
Ingatlah, Allah tidak akan ubah
suasana nadi kita yang nak ke arah duniawi ini, melainkan kita sendiri yang
nak. Bagi setiap manusia ada
penjaga di kiri kanan atas bawah dengan perintah Allah. Sekali lagi, Allah
takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang nak berubah.
So renung-renungkan apa yang telah kita lakukan. Buat muhasabah diri setiap kali lepas solat atau anytime kita nak
buat.
Last but not least, Never give up and try more harder! Wassalamuna'laik.

Comments
Post a Comment