Sweden

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Image result for zinkensdamm sweden

Pada tahun 2014, semasa saya berumur 15 tahun *iaitu  setahun yang lepas*, saya terpilih untuk mengikuti satu pertandingan di sana. Satu perkara yang saya tak pernah terfikir akan terpilih dan bakal merasai pengalaman baharu di bumi asing.

Penerbangan ke Sweden mengambil masa 15 jam sebelum mendarat di Arlanda Aiport, Stockholm, Sweden. Pesawat yang saya naiki ialah jenis boieng Qatar Airways, QR 849, seat 24. Alhamdulillah masih ingat dalam ingatan. *memories never fade*

Pertama kali menjejaki bumi Scandinavia merupakan suatu yang sangat wow dan berbeza. Ketika saya pergi ke sana adalah pada musim sejuk. Saya dapat menyaksikan snow yang sangatlah menjadi keterujaan sesiapa yang datang ke sana. Sewaktu dalam kapal terbang pun, saya dan rakan-rakan menjerit bahagia kerana inilah pengalaman pertama kami. Yes, our first time ever!

Maaf rosakkan cerita.

Menjadi satu cabaran buat kami ialah solat. Semasa di sana, kami sukar untuk mencari tempat yang sesuai bagi melunaskan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Pada hari pertama, kami dibawa menjelajahi Old Town, Stockholm iaitu pusat bandar Sweden. Keindahan panorama yang disajikan sangat memikat kerana mempamerkan ciri Inggeris zaman Victoria.

Seharian berjalanan, kami dibawa ke sekolah iaitu Nacka Gymnasium. Sebuah sekolah yang sangat cantic, dilengkapi kemudahan seperti aula (dewan), kantin, primary school, tadika dan padang. *almaklumlah, sekolah saya tiada padang.* Dalam aula sangat luas dan seperti auditorium di tingkat atas. Kesudahannya, kami solat di dalam aula sambil diperhatikan oleh mereka. Allahu.

Pada hari berikutnya, kami melawat Nobel Museet (Muzium Nobel) iaitu muzium yang memperlihat kemenangan yang diterima peringkat dunia seperti Nobel Peace Award. Kebetulan, kami dipisahkan kepada enam kumpulan. Jadinya, saya dan seorang rakan satu kumpulan ketika di situ.

Ketika itu, waktu zohor telah pun masuk. Memandangkan ketika musim sejuk, waktu siang sangat singkat, waktu zohor hanyalah sejam sebelum masuknya waktu asar. Jika tidak silap, waktu zohor bermula pada pukul 12 tengah hari hingga ke pukul 1 petang. Masa tak boleh dilengahkan. Saya berbuat keputusan untuk solat di muzium ini kerana memikirkan taku tiada tempat lain nanti.

Saya tanyakan pada pengiring kami, Wiam Adem, di mana saya boleh solat. Dia memberitahu tiada tempat tetapi boleh usahakan tempat yang sesuai. Kami terpaksa solat dalam bilik gantung jaket iaitu berdekatan dengan tandas. Kesukaran kedua adalah kami tidak tahu arah mata angin. Maka, kami solat kea rah bertentangan dari tandas dan yakinkan hati bahawa Allah itu tahu kesukaran yang sedang dilalui.

Itulah pengalaman yang mematangkan saya bahawa solat itu penting. Sweden adalah negara yang mengajarkan saya erti kepentingan menjaga waktu solat. Kita manusia biasa. Saya kadang kala juga terlewatkan solat sebab menguruskan hal-hal duniawi. Tidak dinafikan, lewatkan solat seperti sesuatu perkara yang remeh pada mata masyarakat hari ini. Kesibukkan dengan kerjaya menjadikan satu alasan untuk solat lambat.

Istiqamah

Image result for zinkensdamm sweden
Inilah bilik yang saya, Shahrul dan Hannah. #rindu

Sahabat saya yang dikasihi Allah, saya pun bukanlah orang yang sempurna kejadian dan ahlaknya. Kita mungkin sama. Tetapi yang membezakan kita adalah bagaimana usaha kita untuk menjadi baik dan terbaik antara orang Islam lain. Usaha kita itulah yang nanti akan Allah nilai dan diberikan ganjaran tidak terduga.

Anda suka menonton Youtube? Pernah menonton video Aiman Azlan? Saya sarankan anda supaya menonton videonya. Isi kandungan dan penceritaan beliau sangat santai dan boleh diterima oleh setiap lapisan umur masyarakat. Antara video yang menjadi kegemaran saya ialah Hijabis Story. Video ini berkenaan bagaimana seorang wanita yang tidak bertudung, akhirnya memakai tudung. Saya sukakan steps dan cara yang wanita hebat ini lakukan. Beliau memulakan dengan memakai skaf kepala dahulu. Seterusnya, tudung dan sekarang hingga kini, mudawwar pilihan hati. MasyaAllah. Saya sangatlah sarankan supaya anda menontotnya.

Akhowat ikhwah seperjuangan saya, dunia ini memerlukan tenaga kita. Dunia ini memerlukan sumbangan kita. Dunia ini memerlukan orang yang hebat dalam perjuangannya. Siapakah itu?

Kita. Saya. Awak.

Kita inilah yang mencorak kehidupan hari esok. Persiapkanlah diri. Janganlah dan berhentilah menilai orang dari segi luaran sahaja tanpa mengenal isi hatinya. Ingat, walau di negara mana sekalipun kita berteduh, jangan lupakan solat. Esok nanti sudah Berjaya memiliki dunia, solat jangan tinggal. Ini kerana, ‘bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.’

Berjayalah orang mukmin yang khusyuk dalam solatnya.
(Surah al-Mukminum : 1-2)


Last but not least, “Coutry not controlling you but, attitude with faith controlling you.” Wallahua’lam.

Comments

Popular Posts