Hijabis

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.

Hijabis.

Saya, alhamdulillah diberi didikan  dan galakan memakai tudung sejak di tadika ketika usia saya  masih 5 tahun. Bagaimana?

Saya tertarik dengan seorang rakanku bernama Alia. Walaupun itu kisah 11 tahun yang lepas, tapi sumber inspirasi saya ini tidak akan dilupakan. Alia mempunyai tiga orang adik-beradik perempuan yang tadika bersama dengan saya. Setiap hari dia dan adik-adiknya datang pakai tudung. Mama Alia ni akan ambil mereka pukul 2 petang setiap hari. Secara normalnya, kanak-kanak akan tanggalkan tudung lepas kelas tapi mereka ni tidak. Tetap setia dengan tudung strawberi comel di kepala.

"Hijab is not a piece of cloth on the head" - Farhat Hisham

Berdasarkan pemerhatian aku setiap hari, saya jadi tertarik. Bila balik rumah, bagitahu umi. "Umi, Fiqah nak pakai tudung esok kat tadika."

Esoknya, memang umi penuhi permintaan saya. Benarlah seorang ibu tidak akan pernah menghampakan anaknya. Umi pakaikan saya tudung bawal *if dulu bawal dah siap jahit dua bahagian*. Pin lilit belakang. Pergilah saya ke tadika dengan riang hati sebab dapat pakai tudung macam Alia.

Masa umur 12 tahun. Allahu akbar. Kawan sekelas saya, Faizah atau Jaja, setiap hari memakai tudung mudawwar pergi sekolah. Saya juga suka melihat ustazah yang pakai tudung labuh. Arwah ustazah saya pakai bawal labuh. Sejuk dan ada ketenangan dalam hati.

Lepas UPSR (4 tahun lepas), saya mohon kemasukan ke sekolah SBP dan MRSM. Hasrat saya apabila melangkah ke sekolah menengah adalah memakai tudung mudawwar. Saya bagitahu umi yang saya nak pakai tudung labuh taknak tudung 45'.

Hasrat Dalam Genggaman

Hasratku Allah makbulkan dengan kemasukan saya ke SMKA yang sememangnya akan memakai tudung labuh. Orang kata saya beruntung. Alhamdulillah. Dan sehingga kini saya terus menerus untuk istiqamah (berterusan) memakai tudung mudawwar atau labuh daripada kebiasaan. Sejujurnya,saya juga ada memakai tudung bidang biasa sebab tak mampu untuk menyediakan tudung labuh yang lebih.
p/s : ayuh kita kumpul duit beli tudung lebih, amin!

Matlamat perkongsian saya di sini, setiap permintaan untuk membuat kebaikan dan istiqamah akan Allah makbulkan selagi kita dekat dan genggam erat 'tali' Allah. Tak semestinya alasan "Aku bukan budak sekolah agama, tak layak." Atau pun kita biasa dengar "Pakai tudung labuh tapi hati tak tentu baik lagi."

Baiklah akhowat (sahabat perempuan) team labuhku, setiap perbuatan dan perlakuan kita ke arah kebaikan akan dititikkan sedikit kesulitan serta ujian untuk menguji ketahanan kita. Allah nak uji sama ada kita akan terus give up atau cheer up pada jalan tarbiyah.

Keimanan dan keteguhan pegangan kepada Allah akan diuji sedikit supaya keimanannya akan lagi bertambah. Itulah yang kita harap-harapkan. Nama pun jalan mentarbiyyah diri ke arah kebaikkan.

Kakak dan adik-adikku sekalian. Jangan bimbang kalau kita tiada tudung labuh. Hanya 'labuhkan' tudung yang sedia ada saja. Saya kongsikan juga bagaimana peneyelesaiannya.

Strategi pakai tudung labuh :

1. If pakai tudung bidang biasa, labuhkan sedikit. Kalau kita biasa bucu bertemu bucu, sudut 90', kita jarakkan sikit. So, terpanjang dan telabuhlah sedikit.Alhamdulillah.

2. Baju. Dalam Islam, tiada halangan untuk berfesyen selagi apa yang kita gayakan dan pakai mengikut cara yang diajar syariat. Tudung dah labuh baju pun labuhkan sedikit. Seluar juga besarkan. Alhamdulillah.

3. If dah berkemampuan dan istiqamah dengan dua strategi atas, cuba pakai handsock dan socks pulak. Hipsters tak semestinya kena pakai jeans ketat. Hipsters dengan pakaian bersyariat masih boleh ditonjolkan Cuma jangan tabarruj (berlebih-lebihan dalam berfesyen). Alhamdulillah.

4. Hijabkan juga akhlakmu. Akhlak penting untuk dijaga. Jangan nanti labuh tudung, handsock  lengkap bagai semua, akhlak tetap terabur. Nauzubillah. Akhlak ubah secara berperingkat sayang. Start dengan cara bercakap. Then, pergaulan. Akhir sekali, Istiqamah. Alhamdulillah.

Hijabkan hatimu dan pandanganmu daripada godaan sekeliling. Syaitan ini ada 1001 cara untuk menggugat keteguhan kita. Jatuh bangun ibaratkan hidup kita seperti bayi. Bayi ini Allah wujudkan sifat tidak pernah putus asa. Ingat tidak kita dulu adalah seorang bayi kecil yang tidak berdaya. Apabila mengiring badan pasti jatuh balik. Apabila cuba merangkak pasti jatuh balik. Apabila berjalan, jatuh juga balik. Tetapi, kita tidak pernah putus asa. Walaupun jatuh dalam memulakan setiap perjalanan, seorang bayi tidak pernah kecewa. Bahkan apabila dia Berjaya memusingkan badan (posisi mengiring), seronoknya wajah seorang bayi masha Allah. Tersenyum gembira.

Tarbiyyah from Youtube

Anda suka menonton Youtube? Pernah menonton video Aiman Azlan? Saya sarankan anda supaya menonton videonya. Isi kandungan dan penceritaan beliau sangat santai dan boleh diterima oleh setiap lapisan umur masyarakat. Saya diperkenalkan dengan video beliau oleh sahabat baik saya, Shahrul Badariah.

Antara video yang menjadi kegemaran saya ialah Hijabis Story. Video ini berkenaan bagaimana seorang wanita yang tidak bertudung, akhirnya memakai tudung. Saya sukakan steps dan cara yang wanita hebat ini lakukan. Beliau memulakan dengan memakai skaf kepala dahulu. Seterusnya, tudung dan sekarang hingga kini, mudawwar pilihan hati. MasyaAllah. Saya sangatlah sarankan supaya anda menontotnya.

Hijab Is Modesty!

Saya meneruskan entri ini dengan penekanan konsep hijab yang sebenar. Kebanyakkan orang hanya melihat dari sudut berhijab adalah menutup kepala (aurat) dan mengikut syariat Islam iaitu melebihi paras dada. Alhamdulillah, 5 bintang saya berikan kerana anda faham tuntutan Allah. *tepuk tangan*

Dan hendaklah mereka menutupkan kerudung ke dada dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) – Surah An-Nur : 31

Modesty, kesederhanaan mahupun wasatiyyah. Tak ramai yang sedar akan kepentingan wasatiyyah dalam hidup. Mereka lebih biasa untuk hidup bermegah atau berlebihan sedikit daripada sekeliling. Rasa bangga apabila ada orang memuji kelebihan dimiliki mereka.

Akhowat kesayanganku, apabila menghijabkan diri anda, bukanlah bererti anda perlu duduk dalam kepompong hijab atau kepompong yang tidak berkembang. Tidak, bahkan dengan hijab inilah sepatutnya kita lebih ter’kedepan’ berbanding orang lain.

Bagaimana?

Dalam institusi pengajian iaitu sekolah, tonjolkan diri anda dalam bidang yang anda kuasai. Contoh anda menguasai bidang taranum, buktikan bersungguh-sungguh. Dengan taranum itu anda berpegang dan menjadikan ia panduan untuk terus senantiasa modesty (sederhana).

Saya petik kata-kata Khalifah Umar al-Khattab. Katanya, ilmu ada tiga tahapan. Jika seseorang memasuki tahap pertama, dia akan sombong. Jika dia memasuki tahap kedua, ia akan tawadhuk (rendah diri – modesty). Jika dia memasuki tahapan ketiga, dia akan merasakan dirinya tiada apa-apa (semakin merendah diri).

Kata-kata Khalifah Umar al-Khattab sangat berkait rapat dengan penghayatan konsep hijab adalah untuk mendidik diri dengan kesederhanaan. Ini kerana jika kita renung kembali ayat surah An-Nur : 31, Allah menggariskan “janganlah dia menampakkan perhiasannya.” Cuba teliti dan hayati maksudnya. Allah kata, kita kena bersederhana dalam kehidupan. Perhiasan berlebih-lebihan ini akan mengundang sifat takabbur dan sombong. Awasilah langkah kita. Janganlah sampai Allah murka. Nauzubillah.

Jadi, ayuhlah kita jadikan hijab is modesty yang mendidik diri kita kea rah kehidupan penuh sederhana tetapi ada mutiara yang bersinar iaitu akhlak kita.


Last but not least, "Hijabis’ story is just begin and never fullstop." Wallahualam.

Comments

Popular Posts