Real World, Face it!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Satu soalan yang boleh dikatakan illogically question 

"Ustazah, berdosakah kami pergi ke sana sebagai petugas?" 

Jujur saya mengatakan saya bukanlah datang dari keluarga yang ada adik atau abang. So apabila unexpected things happen yang berlaku depan mata saya akan rasa ia suatu culture shock. Yeah, you know what I mean. Semuanya akan menjadi sesuatu yang pelik dalam diri saya. Kadang-kadang bila duduk seorang-seorang terfikir juga - Aku yang pelik atau manusia yang pelik?' Dan beberapa lagi soalan yang saya rasa pelik dan menganggu fikiran aku. Agak lama mendiamkan diri dengan segala persoalan, ended up saya luahkan juga pada ustazah.

Dan Allah itu Maha Pemurah dan Menyayangi hambaNya yang nak menuntut ilmu, hati saya memerlukan pencerahan. Kebetulan tajuk Pendidikan Al-Quran Sunnah haritu ialah Konsep Ibadah.Ustazah pun terangkanlah apa itu ibadah. Apa yang dikatakan konsep ibadah. And all.

Benda tu membuatkan saya berfikir ulang kali dan merasakan bertuah apabila setia berada di bumi tarbiyyah ini. Alhamdulillah. Saya faham kenapa Allah tak izinkan saya pergi meninggalkan bumi tarbiyyah ini. Ada hikmah yang nak ditunjukkan.

Jawapan ustazah untuk soalan aku "Itulah dunia yang akan awak pergi suatu hari nanti, Wafiqah." And I just like, oh my! Tak dapat nak dibayangkan macam mana saya nak terima suasana sebegitu. Melihatkannya sudah mengerikan apatah lagi dengan iman saya yang turun naik. Boleh pincang tersungkur kalau tiada kekuatan iman. Dunia oh dunia!

Face it

Saya mengatakan yang mereka semua memakai pakaian hingga tampak bentuk-bentuk badan. Lelaki dan perempuan seolah semacam tiada perbezaan. Allah, segan saya nak melihatnya. Sedihnya pagi-pagi elok saja tengok the girls pakai tudung even dari jauh aku tahu tak pakai scarf dalam tudng tetapi still rasa macam okay lagi. So bila tiba giliran mereka ke padang, tiba-tiba habis lucut segala apa yang terselindung. Maka terlihatlah auratnya dikhalayak ramai. Segala bentuk yang tersembunyi tidak menjadi rahsia. Tudung hilang ke mana apatah lagi seluarnya yang ketat dan baju yang sendat. 

Fikiran saya terus menerus memikirkan 'Apakah pandangan lelaki yang melihat mereka? Apa ada dalam fikiran lelaki-lelaki itu?' Sungguh aku mengakui hadis nabi,

"Sesungguhnya fitnah yang paling besar bagi lelaki adalah wanita."

Apa lagi yang mampu saya katakan sedangkan saya mungkin termasuk menjadi sebahagian daripada golongan itu. Saya tak terluah untuk menegur atau mengatakan sesuatu pada si gadis. Saya hanya diam dan memandang setiap pergerakan mereka. 


“Jika kamu ternampak akan kemungkaran, cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak mampu, cegahlah melalui mulut (nasihat). Jika tidak mampu juga, cegahlah melalui tangan kerana ia selemah-lemah iman.”
(Hadis riwayat : _________________)

Apabila terlihat ada diantara mereka bersentuhan bahu, duduk lelaki perempuan sebelah menyebelah, bertepuk tampar dan tidak kurang juga ketawa yang kuat. Saya masih tidak mampu untuk mengatakan ‘berhenti’ apatah lagi berbuat sesuatu sedangkan kedudukan mereka hanyalah di hadapan saya dan tangan memang akan tercapai jika tegur.

Tidakkah kau menyayangi dirimu yang indah ciptaan Allah? Tidakkah kau rasa kau telah membiarkan yang tidak halal bagimu melihatnya? Mampukan kau usir segala fikiran maksiat yang terlintas dihati-hati mereka? 

Tidak!

Saya ini sebagai wanita terasa maruah saya dirobek oleh golongan saya sendiri. Makin rendah martabat seorang wanita yang seharusnya disanjung tinggi oleh kaum Adam. Seakan suatu sia-sia apabila Rasulullah bersungguh-sungguh menaikkan martabat wanita pada suatu ketika dahulu. Situasi hari ini seakan diinjak-injak nama kemuliaan seorang wanita itu. Sungguh, tidak terpalitkan rasa bersalah dihatimu, akhowat? 

Tepuk dada, tanya, selidik pintu hati kita. Tanya diri kita. Muhasabah diri kita balik. sayang. Kita ini bukan peragawan, bukan mainan. Diri kita dan maruah kita tidak ternilai oleh wang ringgit. Jika guna kalkulator sekali pun akan tertulis “Maths error” kerana tidak tertakrif harganya. Dalam matematik apabila tekan butang tan 90, maths error bukan? Tidakkah kita mengambil iktibar daripada itu.

Duhai sahabat, perhatikanlah sekeliling kamu. Setiap pergerakan sekeliling perlulah kita perhatikan agar kita sedar setiap perubahan hatta secalit dakwah tumpah pun kita akan nampak. Dunia meniti perubahan, tetapi bila umat manusia akan berubah fikiran menjadi yang terbaik di muka bumi ini?

Dunia Islam

Zaman Umaiyyah dan Abasiyyah adalah dua zaman yang terulung dalam sejarah Islam. Kita lihat saja apa kemodenan yang diasaskan oleh mereka digunapakai oleh manusia hari ini. Pada zaman ini jugalah lahirnya orang-orang yang hebat seperti Ibnu Sina.

Ibnu Sina telah menjadi seorang doktor diraja semasa usianya baru 18 tahun. Hebat bukan?

Tidak kurang juga, umat manusia pada hari itu mula memikirkan kepentingan ilmu dalam diri manusia. Ramai golongan pemikir dilahirkan semasa zaman ini. Ada ramai antara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim kerana pertembungan tamadun. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam kepada masyarakat Kristian Eropah. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu Aristotle terkenal di Eropah. Jika anda pelajar tingkatan 4, pasti akan terbaca dalam buku teks Sejarah, bab 2 : Peningkatan Tamadun.

Jadi, sudah tibalah saat, masa dan kini untuk umat Islam berganding bahu menyeru ke arah pemodenan. Umat Islam sekarang hanyalah berlandaskan atas kad pengenalan mereka tetapi sangat sedikit sumbangannya untuk agama. Jadilah seperti pejuang agama terdahulu. Mereka berlumb-lumba untuk menyeru manusia ke arah agama mentauhidkan Allah seiring dengan penerapan nila-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Tak salah kalau nak amalkan Sunnah nabi, kan?


Last but not least, 'Jadikanlah dirimu seperti duri. Jikalau ada musuh yang mendatangimu, duri itu kau tusuk kepadanya.' Wassalamualaikum wbt.

Comments

Popular Posts