Berangan
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
wbt.
Idea
untuk entri kali ini datang semasa saya sedang berangan depan cermin. Kelakar.
Saya mengaku yang saya agak kuat berangan. Angan-angan yang bermain di fikiran selau
muncul setiap kali saya di hadapan cermin. Sungguhlah, setiap inspirasi,
kekecewaan, kegembiraan dan masalah jerawat, semuanya berlaku di depan cermin
dalam bilikku syurgaku.
Cermin.
Cermin
pada saya adalah sangat berharga. Cerminlah yang menjadi tempak kesukaan saya
bilamana saya keseorangan atau dalam masalah. Pelik. Selain berdoa kepadaAllah,
cermin akan menjadi pusat saya mengkaunseling balik diri. Saya marah pada
cermin kenapa saya hendak menangis. Saya ketawa depan cermin kenapa saya
tersenyum gembira. Satu terapi jiwa.
Saya
kuat berangan. Tidak dinafikan kerana sebagai seorang remaja dan gadis yang
meningkat dewasa akan banyak menggunakan masa di hadapan cermin. Saya
berangankan sesuatu yang mungkin orang lain tidak pernah terfikir tapi benda
itulah yang menarik perhatian benak hatiku. Perkara yang aku berangankan adalah
:
1.
Saya mahu menjadi seorang qariah wal
qiraat lepasan Darul Quran *insyaAllah* yang menyebarkan kemerduan dan
keindahan Bahasa Arab pada setiap jiwa manusia.
2.
Saya berangankan menjadi seorang Doktor Pediatrik. Aku mahu merawat penyakit
kanak-kanak yang bakal mencorakkan dunia. Maka, aku perlulah merawat penyakit
mereka di sampin mendidik hati mereka supaya cintakan Islam dan cintakan ilmu.
Dua aspek utama yang perlu ditekankan.
3.
Saya berangankan saya mahu membentuk sebuah keluarga mawaddah dan sakinah.
Peranan saya nanti sebagai seorang isteri dan ibu yang bakal mendidik anak-anak
untuk menjadi seorang mujahadah mujahidah agama.
Semua
yang saya senaraikan sangatlah mustahil untuk tercapai. Saya yakin pasti
segelintir masyarakat apabila mendengar angan-angan orang lain akan mengatakan
“Mana mungkin kau boleh capai. Mustahil!” Lalu, adakah kita mahukan setiap
angan-angan suci murni kita ini terkubur disebabkan kata-kata manusia yang
mengatakan semuanya mustahil?
Tidak.
Oleh
itu, setelah kita menetapkan angan-angan kita, menjadi wajarlah kita berusaha
mempersiapkan diri dengan senjata ilmu dan agama.
Hubbu ilmu, hubbub deen.
Pernah
dengarkan ungkapan ini? Saya pasti, ramai mengetahuinya tetapi berapa ramai
yang mengambil inisiatif? Inisiatif ini perlu bermula dengan diri kita sendiri.
Setelah kukuh, kita sebarkan dalam institusi kekeluargaan kita. Seperti dakwah
nabi kita, Rasulullah saw yang menyebarkan dakwahnya kepada kaum kerabat dan
keluarga terdekat. Setelah itu, baginda menyebarkan kepada seluruh orang Arab
Quraisy.
Seperti
itulah juga kita perlu lakukan. Sebarkan pada keluarga supaya kita dapat lihat
bahawa idea dan berangan kita, berkembang dengan ada buah fikiran orang
berpengalaman.
Antara
impian terbesar seorang remaja dewasa dan matang adalah membentuk sebuah
keluarga mawaddah dan sakinah. Keluarga yang mendidik setiap anggotanya dengan
nilai-nilai agama. Anak-anaknya soleh dan solehah serta bijak bestari. Suami
isterinya sopan budi pekerti. Tidak mahukah?
Pasti
mahu. Bukan tapi “Wajib Mahu!” Itulah yang sepatutnya ada dalam jiwa-jiwa anak
remaja. Menurut ayah Imam Abu Hanifah, institusi kekeluargaan perlu dibina
semenjak 40 tahun sebelum sekarang. Jika kita andaikan, umur kita hari ini
ialah 56 tahun. 40 tahun sebelum bekerluarga adalah bermula pada usia 16 tahun
dulu. Mudanya!
Ya,
memang muda. Sebab itulah jika kita perhatikan sekeliling, ada antara
rakan-rakan kita sibuk berdiskusi tentang perkahwinan. Dalam Bahasa mudahnya
nak kahwin cepat. Fitrah manusia berangan-rangan.
“Kau
nanti kalau kahwin, nak tema apa?”
“Aku
nak konsep wedding in garden. Cofirm
ramai terpukau tengan majlis grand
aku.”
See. Pernah dan sangat familiar dengan ungkapan
sebegitu. Jadi, sebagai remaja yang penuh visi dan misi, perlulah menggunakan
saluran yang tepat.
Angan-angan Workout
1.
Tuliskan angan-angan tetap kita atas kertas atau dalam diari *jika tidak mahu
orang tahu.*
2.
Nyatakan bagaimana ada perlu lakukan untuk mencapai angan-angan itu. Sertakan
sekali pelan untuk jangka masa terdekat dan jangka masa panjang *saranan
tambahan sahaja*
3.
Tetapkan target bila anda mahu angan-angan itu direalisasikan.5 tahun? Ini
sangat wajib supaya anda tidak lari dari landasan dan lebih memanfaatkan masa
yang ada.
4.
Berusahalah bersungguh-sungguh dan istiqamah. Istiqamah sangat perlu supaya
anda ada usaha back up jika berlaku
sesuatu tak terduga.
5.
Bertawakal pada Allah dan sering-seringlah melihat kembali catatan angan-angan
anda supaya menjadi inspirasi serta penguat kembali semangat yang luntur.
Mudahkan?
Semoga langkah-langkah yang saya nyatakan digunakan sebaik mungkin supaya kita
sama-sama dapat mencapai angan-angan terbesar kita.
Last but not least, “Berangan tak
salah. Just jangan angan-angan menjadi mimpi semalam.” Wallahua’lam.

Comments
Post a Comment