Usrah Heybat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt



Selamat menempuhi peperiksaan akhir tahun kepada saya dan sahabat. InsyaAllah flying colours. Amin. Asiif, kadang kala kita perlu merepek kerepek juga supaya hidup kita disinari warna warni kegembiraan. Akhowat ikhwah sekalian, tinta sambungan saya membawa episod suka duka usrah.

Apa itu usrah?

Sebelum ini saya ada mencoretkan serba sedikit berkenaan usrah. Mari kita flashback kembali. Usrah ialah keluarga dalam Bahasa Arab. Dalam Bahasa mudah dipanggil satu bulatan gembira yang mengumpulkan dan mencantumkan serpiha-serpihan hati dahagakan ilmu dan kasih sayang Allah. Saya suka untuk share daripada post-post Usrah Heybat.

“Andai sahabat itu tidak mampu untuk menceriakanmu, jangan tinggalkannya. Andai sahabat itu selalu membuat dirimu terluka, jangan pernah tinggalkannya. Kita tidak tahu, siapa yang akan terus kekal dalam hidup kita. Sedangkan keluarga pun boleh porak peranda, apatah lagi ikatan persahabatan tanpa hubungan darah. Ya. Seteruk mana pun sahabat itu, jangan pernah tinggalkannya. Kerana, di pengakhiran kisah hidup kau dan dia akan temui kebahagiaan itu.”
Credit by : Nur Amirah Heybat

Baiklah, perkongsian ibrah (pengajaran) yang saya dapat :

1.      Walaubagaimana pun bentuk, rupa ataupun peragai sahabat kita, terimalah dengan hati terbuka bukannya tinggalkan dia terkontang-kanting.
2.      Persahabatan dengan iman  lebih manis dan impaknya lebih menyeluruh berbanding persahabatan materialistik.
3.      Kita takkan dapat expect siapa akan terus kekal dan sementara di sisi kita.
4.      Jadi, teruskan kasih sayang walaupun manisnya hilang tetapi cuba untuk tetap pertahankan. InsyaAllah there are solutions.

Akhowat ikhwah sekalian, Usrah Heybat adalah satu group usrah yang akan mengajak anda berhijrah lalu tersedar daripada lamunan sementara. Kenapa? Sebab ahli-ahlinya sangat supportive dan memahami hati-hati yang masih baru bertatih dalam penghijrahan. Walaupun  usrah ini sekadar dalam maya iaitu Instagram  mahupun whatsapp sekalipun tetap tidak menghalang ahli-ahli terus keep in touch. Memang tak pernah jumpa dan siapa tahu jodoh kita bakal didekatkan suatu hari nanti. Tak begitu ahli heybat?

Semangat dan kegembiraan bersama ke bulatan gembira berbentuk santai lebih mudah difahami. Itulah gunanya gadjet canggih kita. Guna dengan bijak. *promote* Saya akui, walaupun masih newbie dan sangatlah  masih ada akward tu, saya dapat lihat family di situ. Kredit kepada Sabie kerana perkenalkan saya dengan Heybat. I really appreciate that.

Selain itu, group usrah ini juga ada rules and activities tersendiri mengikut ketetapan naqibah (leader) dan murabbiah (guru). Maka, ahli heybat tidaklah akan merepek kerepek tanpa arah. Rules kena ikut walaupun ada terlebih juga kadang-kala but we are family right. Always tolerate.

Contoh aktiviti yang ditetapkan :

1.      Taaruf
2.      Bedtime story (2 kali seminggu)
3.      Tadabbur al-Quran surah pilihan (setiap malam Jumaat)
4.      Malam zikir
5.      Qiamullail dan tahajjud
6.      Tazkirah gilap iman (naqibah rule)
7.      Teguran sentuh kerohanian
8.      Ukhwah kerana Allah.
9.      Game Sirah Nabawiah

Walaupun begitu akhowat ikhwah, jangan pernah terfikir kita akan terikat sampai semua benda kena ada peraturan. Ibrah ada peraturan ini supaya kita lebih sistematik secara holistik. Guna otak kiri kita.

Bedtime story adalah segmen kesukaan saya kerana menampilkan pelbagai bentuk dan penulis-penulis berbakat secara terpendam. Walaupun nampak simple sahaja, yang penting kesannya menyentuh ke dasar hati. Not too hursh. Lembut dan deep.

Dan sebelum saya akhiri penulisan ini, Usrah Heybat saya hanyalah untuk muslimat sahaja. Muslimin tiada.dalam group ini untuk mengelakkan fitnah. Jangan kita lupa, daripada salam seorang muslimin atau muslimat boleh mengundang dosa kepada penyambut serta pemberi. Selamat berusrah dan hijrah haura’.

Last but not least, “Heybat always be together in form of ummah,” wassalamualaikum wbt. 

Comments

Popular Posts