Admirer
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
wbt.
Ramai
orang admire diri kita dan kita pun tidak terlepas untuk menjadi secret
admirer. Firstof all, lebih molek kita terangkan dan berikan pencerahan apa itu
konsep admire orang sebenarnya ni. Baiklah, admire bermaksud meminati kalau
anda bukak kamus saya. Bagi saya, admire ini kita meminati sikap, peribadi,
cara berjalan, cara bergaul, gelak, tidur, makan semua itu adalah salah satu
jalan-jalan kenapa orang admire. Biasanya, hal-hal admire ini lebih berleluasa
di sekolah-sekolah satu jantina terutamanya perempuan. Kalau nak habaq pasal
admire dalam kalangan sekolah perempuan,
sampai lusa pun takkan habis sebab depa dok bersepah senarai kenapa dia admire
akak tu atau adik tu.
Sahabat-sahabat
sekalian,
Apa sebab
kita atau motif utama kita hendak admire orang ini? Hasil dapatan, sebanyak 67
peratus beralasan admire seseorang sebab dia suka tengok orang itu. Dia suka
perhatikan gerak tubuh dan apa-apa sahaja yang ada pada orang itu yang
menyebabkan dia tertarik sampai timbul niat untuk berubah menjadi seperti orang
itu. Mudah-mudahan, niat dia untuk berubah itu adalah kerana Allah semata-mata
bukan untuk menunjuk yang akan buat hidup dan hati kita lebih istidraj.
Istidraj
= apart from Allah.
Nauzubillah.
Saya pun
tidak lari daripada perasaan admire orang. Kita manusia yang ada perasaan.
Allah kurniakan perasaan. Allah yang beri perasaan tetapi dengan syarat
berlandaskan syariatNya. Allah bagi sebab itu adalah fitrah manusia untuk ada
perasaan suka. Apa itu fitrah? Fitrah ialah sesuatu yang semula jadi wujud
dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia itu
sendiri.
Kita ini
semua admire Rasulullah. Selain Rasulullah merupakan seorang rasul dan nabi,
baginda adalah seorang ayah, suami, sahabat dan pendamping yang terbaik kita
pernah ada. Sesuai dengan firman Allah :
Sesungguhnya
dalam diri Rasulullah itu adalah contoh teladan yang terbaik.
Kepimpinan
dan keperibadian baginda sangat hebat mampu menarik ramai hati-hati yang gelap
dengan jahiliyyah. Kita yang hidup zaman canggih ini pun mampu untuk masih
menangis bila terdengarkan betapa peritnya liku-liku perjuangan suci baginda
semata-mata hendak menegakkan kalimah Lailahaillah. Sollu a’la nabi.
Kalau
kita belajar dalam subjek Pendidikan al-Quran Sunnah, kita selak chapter
tamadun. Kita sendiri boleh teliti dan lihat bagaimana cara Rasulullah saw
memimpin umat manusia. Inilah sebabnya kita ‘admire’ dengan Rasulullah. Maka,
adalah sangat wajar kita admire baginda kerana baginda sudah cukup pakej untuk
kita jadikan contoh teladan berbanding manusia lain. Tapi, kita hari ini,
masihkah admire dengan Rasulullah? Masih terbitkah perasaan rindu apabila
terdengar kisah Rasulullah? Berlinangan air matakah kita ini apabila
teringatkan baginda dalam ucapan selawat kita? Tepuk dada, tanya khabar iman
kita.
Sahabat
yang dirahmati Allah,
Kalau
kita nak admire orang, tidak salah dan tidak juga betul. Maka, kalau kita go
through pada konsep admire pada hari ini, kita lebih kepada melagha. Tapi, kalau ada sahabat yang admire kerana
akhlaknya, silakan malah dialu-alukan supaya pada awalnya titik perubahan kita
adalah untuk menjadi seperti ‘dia.’ Apabila sudah sampai stage kefahaman yang
sebenar konsep admire ini, kita slowly berubah kerana Allah. Ingat, kalau kita
sekadar berubah semata-mata kerana manusia, maka itulah yang kita dapat. Dapat
apa? Pujian manusia. Tetapi, kalau kita berubah kerana Allah beserta dengan
keteguhan iman, insyaAllah bayaran pampasan kita dapat di akhirat sana. Di
dunia pula, kita akan sentiasa dirahmati dan didoakan oleh makhluk-makhluk
ciptaan Allah. Subahanallah. Cash Allah bagi. Namun, peringatan bersama,
setiapa perubahan ada ujian dia. Kalau kita buat kerana Allah, janganlah kita
berasa bangga kerana orang yang berbangga diri ini akan rugi. At the end of the
moment, dia sia-siakan hidup dengan berubah yang awalnya Lillahitaala bertukar
atau transform kepada riya’. Inilah penyakit yang ada dalam diri-diri manusia.
Hatta orang yang berilmu atau orang yang tidak berilmu. Sama-samalah kita
jaga-jaga.
Riya’.
Jujur saya katakan, tanpa kita sedari penyakit itu menular dalam diri.
Sungguhlah syaitonirrajim ini boleh mengalir dalam pembuluh darah kita untuk
mengajak anak-anak Adam ini kea rah kekufuran. Nauzubillah. Saya sendiri
kadang-kala tidak terlepas dengan penyakit ini. Saya kongsikan serba sedikit
apa yang saya sendiri hadapi dan apa pandangan orang lain terhadap saya. Saya
bukanlah terlalu baik sangat tahap tak buat nakal. Amatlah mustahil untuk
seorang pelajar sekolah agama tidak ada nakalnya tetapi nakal mereka ini
tersembunyi dan senyap-senyap kata orang. Saya ditegur oleh individu tersebut
dan saya sangat ingat kata-kata beliau yang memang kalau kita yang hadapi,
menyirap dan sentap. Kata beliau,
“Engkau
budak sekolah agama. Ayat al-Quran atau hadis hujung bibir saja. Tapi, kau tak
seperti ilmu yang kau ada. Kau sia-siakan ilmu kau sebab kau tak amalkan!”
Saya yang
mendengar memang tersentak. Saya cakap pada diri saya, ‘oh, ini rupanya apa
yang orang nampak pada diri aku selama ni. Yang orang berbaik dengan aku adalah
untuk menjaga hati aku.’ That feel yang datang memang akan buatkan kita terbuka
mata, telingat dan hati. Sungguhlah dugaan orang yang Allah bagi gift lebih ini
jauh lebih teruk berbanding gift dalam bentuk lain Allah bagi pada orang lain.
Bermula daripada situ, saya senyap-senyap mula kumpul kekuatan dan check diri
balik. Saya terduduk dan menangis seorang diri sambil fikiran tidak henti-henti
keluar dengan persoalan.
“Ya
Allah, ada orang yang admire aku, tapi aku ini tidak seperti apa yang mereka
nampak.”
“Teruknya
perangai aku!”
“Aku ini
hipokrit!”
Saya mula
untuk slow down daripada menonjolkan diri. Inilah masalah yang saya sangat
risau. Apabla kita ada secret admirer, orang itu pula hanya melihatkan kita di
suatu tempat pada sesuatu masa. Saya betul-betul rasa bersalah. Oleh kerana
itu, saya jadi tidak suka kalau dapat tahu ada orang admirer. Kita bukan riya’
tetapi kita takut nak pikul beban di bahu yang sedia maklum sudahpun berat
dengan dosa-dosa sendiri, ditambah dengan admirer punya pula.
Sahabat
yang saya sayangi kerana Allah,
Pesanan
saya, adalah lebih baik kita admire orang yang kita sedia maklum memang sangat
kenal dengan akhlaknya walaupun dengan umi ayah, kawan-kawannya, cara
bermuamalatnya, percakapannya, pemakaiannya, sikapnya dengan orang sekeliling.
Itu adalah lebih baik daripada kit admire orang yang tak tentu arah sebab
takut-takut kita terikut-ikut dengan perangai buruknya. Wallahua’lam.

Comments
Post a Comment