Ramadhan :'(

بسم الله الرحمن الرحيم


Semakin lama, semakin Ramdhan melabuhkan tirai.
Bulan yang Allah limpahkan lipat ganda setiap amalan yang dilakukan.
Tiada bulan seindah Ramadhan.
Padanya  ada Lailatul Qadr. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Namun, kenapa aku tidak merasa akan kehilangannya?
Apa aku sudah lupa akan nilai kenikmatannya?
Apa aku sudah lupa akan kemanisannya?
Ya Allah betapa hambamu makin jauh dariMu
Hambamu yang hina ini sering melupakanMU\
Sering lalai dengan keasyikan duniawi
Sering leka dengan permainan fantasia dunia
Dunia! Dunia! Dan Dunia!
Segalanya hanya untuk dunia
Aku lupa akan erti AKHIRAT
Aku lupa akan hari yang satu itu
AKu lupa akan kedatangannya
Yang makin lama makin dekat
Aku lupa! Ya! Aku LUPA...

Alhamdulillah dipenghujung Ramadhan, masih diberi peluang untukku bernafas. Untuk menghirup udara yang segar penuh dengan oksigen. Aku masih mampu untuk mengukir senyuman. Aku mampu mendengar kicauan burung yang berterbangan di lautan angkasa luas. Aku mampu merasai nikmat angin bayu yang lembut menyapa pipi. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Semoga diberi kesempatan utuk menikmati Syawal bakal menjelang tiba.

Hati.
Kenapa dengan hati?
Ada apa dengan hati?
Sihatkah hati hari ni?
Demamkah mungkin?
Pernah tak kita ziarah hati kita?

"Hati...Awak sihat tak? Dah makan dah?"

Hati ni, kita kene belai. Sayang, kasih, rindu, cinta dengan sepenuh hati. Kalau nak bagi makan, kita beri makanan yang berkhasiat iaitu Zikir. Kalau nak ubatn rindu, baca Quran dan Ma'thurat. Kalau nak bagi kasih sayang, ingat Allah dan Rasulullah saw. Semuanya mudah. Allah dah bagi jalan mudah. Kita ni je manusia suka menyukarkan, menyusahkan, menyimpang sana sini, melilau. Semuanya kita, INSAN. Selagi kita bergelar insan, jangan kita lupa dengan sifat hakiki kita iaitu sering lupa. Tapi takkan nak biahkan sifat lupe tu sambai beranak-pinak berketurunan berkaum kerabat. Kita kene mulakan daripada diri kita sendiri. Ubah sikap kita yang saban hari suka lupa-melupai.

Dalam meniti hari-hari terakhir Ramadhan, kita perbanyakkan amalan. Jangan dok pikir bila jualan Mega Raya nak buat. Jangan dok pikir tahun nie kuih raya nak wat berape jenis. Tahun lepas sepuluh. Tahun ni upgrade siket buat lima belas jenis. Waduh jenuhlah tetamu nak merasa terutamanya aku. Aku memang tak berapa nak minat dengan bisekut-bisekut ni. Memang tahap lemah nak menghabhkannya. Kalau yang jenis macam Chocolate chip tu, boleyy tahan lagi. Masuk bisekut arab, aiyakk wa selah dili maa.. Tak mampu nak makan + telan.

Di kesempatan ini, yang agak tersepit ni,
Saya, Norul Wafiqah binti Mohamad Saffiruddin, ingin :

  • memohon ampun dari hujung rambut sampai ke hujung kaki
  • halalkanlah kalau2 terpinjam duit
  • halalkan segala makan dan minum yang disharing is caring tu
  • maafkanlah jika insan ini pernah termengumpat, tertuduh, terjerit tepekik telolong semua.
  • maafkan jika insan ini sering lambat hantar homework pada ajk terutamnya BI --> Ilya Natrah
  • maafkanlah jika sikapku kadang2 tak dapat dijangka
To umi and ayah, anakanda ingin
  • memohon ampun
  • halalkan segala makan dan minum
  • halalkan segala kasih sayang, perhatian, duit belanja semua
  • maafkanlah sebab tahun ni pakai banyak sangat duit untuk PBS
  • maafkan jika anakmu terkasar bahasa, terlanjur bicara, tersilap langkah
  • maafkanlah anakmu ini yang kadang2 manja melampau, tergedik lebih, terloyar buruk yang x baik
To all readers (macam banyak sgt followers)
  • sorry sebab selalu typo..mata dah agak kelabu
  • sorry kalau terlanjur menaip (takkan cakap..korunk dengar ke?? err...)
  • sorry kalau termelampau dalam blog, termengumpat, ter...semua yang boleh diselitkan dgn ter
  • sorry bangeeeeet
Last but not least "Jangan lupa ganti PUASA ye sayang2z..No heartz feelingz.. Wassalamun a'laik.

Comments

Popular Posts