Di Sebalik Secebis Kain

بسم الله الرحمن الرحيم


Diriku bukanlah seorang ustazah.
Apatah lagi seorang yang solehah.
Namun aku cuba untuk menjadi yang terbaik
Walau dicemuh apatah dikatakan "bajet baik"
Aku kuatkan hati
Ku tabahkan hati mengahadapinya
Mungkin mereka tidak mengerti apa itu menutup dan membalut
Ayuh sma-sama kita berusaha menjadi baik
Yang baik ke arah yang lebih baik
Moga perjuanganmu dirahmmati dan diberkati Allah

Aku hanyalah seorang gadis yang masih dahagakan ilmu. Seperti gadis biasa, pasti inginkan kecantikan, menikmati dunia remaja, berkawan sana sini, hangout dengan kawan2. Namun bagiku, aku punya rasa untuk mengekspresikan kegembiraan, hidup yang bermakna. Pernah juga aku ingin hangout dengan kawan-kawan. Biasalah hidup remaja pasti inginkan kebebasan. Tapi, ayah tak bagi. Apatah umi yang menyokong keputusan ayah. Hatiku rasa ketidakadilan. Hatiku ingin bebas. Itu sememangnya fitrah manusia. Tak mahu dikongkong.

Sama juga dengan tudung. Kalau dah nama perempuan, pasti kita ingin kelihatan menarik di mata orang. Nak dipuji "Awak cantiklah..." Fitrah yang Allah bagi pada wanita ialah sukakan kecantikan. Gemarkan tatarias yang menarik. Kalau boleh nak 'bling-bling'. Berliplap-liplap kat baju. Cuba kita duduk sejenak dan berfikir.
"Aku pakai cantik2 ni, untuk siapa?"

"Aku nak melawa untuk siapa?"

Tanya 'untuk siapa?'
Kita betulkan balik niat di hati. Muhasabah diri. Kalau kita niat untuk semua orang puji kita, pandang kita, itu boleh jatuh  HARAM. Kenapa kita nak melawa depan manusia sedangkan depan Allah kita sengkek? Miskin. Kita tak nak pulak berwangi-wangian, melaram, pakai yang bersih2 dan cantik? Taknak pulak. Kita nak menghadap Allah, tuhan kita, sepatutnya kita melaram yang bagai. Ni depan manusia. Bukannya buat pahala sayang. Kita ni dah diberi garis panduan, kecantikan seorang wanita hanya untuk sang adam bergelar suami. Ulang suara "SUAMI" je...

Saya sarankan buat wanita diluar sana, jangan jadikan tudung antunna sebagai fesyen. Fesyen semata-mata. Tapi jadikanlah tudung sebagai pelindung, identiti diri antunna. Ini sebagai saranan. Cuba antunna pakai tudung, tak perlu labuh tetapi sekadar ikut syariat yang disarankan selama sebulan. Cuba pakai dengan ikhlas hati. Memang mula-mula kita akan rasa terpaksa, lama-lama kita rasa sayang dengan tudung kita. Rasa cinta dan rasa sayu bila tak pakai walau sehari. Berubahlah wahai Wardatuddiniah. Antunna taknak jadi Wardatuddiniah ke? Mawar Agama. Antunna taknak buru cinta, kasih, sayang dan perhatian Allah? Kejarlah yang hakiki dan yang pasti. Tak perlu nak kejar sesuatu yang tak pasti dan tak mungkin menjadi milik kita yang hakiki. Sejahat-jahat lelaki, pasti inginkan seorang isteri yang solehah dan baik. Mereka takkan cari perempuan yang tak betul ke tidak. Maksudnya yang pakai tak cukup kain. Anak orang korprat tapi kain cukuplah mahal nak beli.. Cukuplah sekadar Wasatiyyah..

Last but not least "Berubahlah untuk menjadi sesuatu yang baik..." Wassalamuna'laik.

Comments

Popular Posts