Sayang, BAE
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt
Sayang sayang...
Aduuh sayang...
Ditelan manis dibuang sayang..
Pabila sudah mabuk kepayang...
Aduuh sayaaang..
Seronokkan.. Sayang sungguh rasa sayang ni. Sayang, cinta semuanya seronok. Sayang pada Allah adalah matlamat utama hidup manusia. Sayang pada Rasulullah sebagai qudwah hasanah akhlak manusia. Sayang pada umi ayah yang melahirkan dan membesarkan kita. Sayang pada ukhwah antara saudara Islam.
Sayang yang aku maksudkan adalah sayang antara ikhwah akhowat.
Macam mana tu?
Boleh ke?
Boleh untuk sayang. Tapi, syaratnya berlandaskan syariat yang Allah tetapkan. Sayang ni boleh jadi ibadah asalkan :
1. Niat yang betul
2. Mengikut cara yang diajar syariat
Berlandaskan agama adalah di'highlight'kan. Sayang kita ini berharga. Satu dalam dunia. Untuk seorang yang istimewa. Supaya hati tak merana. Kerana itu sayang dipanggil "limited edition".
Jadi, saluran sayang yang betul adalah salur pada Allah dahulu. Kalau hablu minallah kita dah betul-betul kukuh tanpa goyah dan luntur, barulah kemudian nanti sayang itu tidak akan dipersiakan dan disia-siakan oleh orang yang tidak menghargai.
Seriously, aku rasakan macam pelik kalau semua orang terkejar-kejar nak ada 'girlfriend' and 'boyfriend'. Kenapa? Seronok sangat ke? Ke seronok sebab rasa terbayang-bayang. Kita mesej dengan dia, bae balas balik siap ada "I lap U, U lap I". Pergilah lap tingkat tu. Dah boleh jadi eye shadow.
Justeru, salurkan sayang pada Maha Pencipta then pada yang dicipta. So, hargailah sayang anda yang limited edition. Rugi je kalau bagi pada gf bf yang tak tentu lagi akan nikah dengan awak. Renung-renungkan. Entah-entah esok lusa awak dah tak lawa, rupa dah buruk, sedap dan manisnya couple hilang. Tinggal hanya rasa pahit dalam mulut, hati bagai disirat-sirat.
Last but not least, "sayangku limited edition". Wassalamualaikum wbt.

Comments
Post a Comment