Take care of Yourself
بسم الله الرحمن الرحيم
Take care of yourself. Kenapa Wafiqah pilih tajuk ni? Mungkin ada yang tertanya2. Kadang0kadang kita leka dengan fantasi duniawi yang membuai perasaan kita. Ia seakan-akan menarik kita pergi jauh dan jauh daripada Allah swt. Buat kita lalai dan leka. Atau dapat kita takrifkan benda itu yang sepatutnya harus jadi lagha' pula. Kadang-kadang kita anggap benda tu remeh, so let it be. Ramai yang beranggapan begitu. Mungkin itulah sedikit-sebanyak menyumbang ke arah keruntuhan akhlak para remaja sekalian.
Fitrah manusia itu cenderung ke arah kebaikan. Tak ada yang ke arah kejahatan. Even yang jahat2 tu pun tahu akan kesalahan dia. Dah tahu dah kesannya. Seperti entri sebelum ni "Orang yang tahu tak semsetinya dia sedar. Tapi orang yang sedar, insyaAllah dia tahu." Kenapa every motivator akan keluarkan ayat yang sama? Pernah tak kita terfikir? So buat refleksi diri balik.
Persiapan taubat sangat penting. Kenapa perlu bertaubat?
- Nabi Muhammad saw yang maksum (terhindar drpd dosa) pun setiap hari minta ampun dengan Allah.
Inikan pula kita yang setiap hari ada saja dosa check in dalam list kiri. Jarang miss. Kita perlu banyakkan
berdoa dan rajin-rajin buat amalan sunat supaya ada juga bekalan sampingan untuk dibawa di sana nanti.
- Banyakkan istighfar. Banyak dah ditampal di notice board terutamanya di masji atau surau. Setiap istighfar
ada waktu yang afdal diamalkan. Seperti Ya Allah every Saiyyidul Ayyam a.k.a Jumaat. Seperti yang kita
ketahui kisah Nabi Adam makan buah khuldi sangat masyhur seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.
Ada tak kita ambil iktibar? Ada tak kita muhasabah? Kalau kita kaji balik Quran itu, banyak sangat kisah2
menceritakan Allah membinasakan banyak kaum yang derhaka terhadap Allah. Contohnya kisah
nabi Nuh a.s yang kaumnya Allah turunkan banjir besar terhadap mereka. Yang hidup dan terselamat
hanya orang-orang yang beriman dan bertaqwa sahaja. MasyaAllah. Itu suatu pengajaran buat kita semua.
Kaum-kaum terdahulu Allah turunkan on the spot tapi kita Allah beri peluang. Itu pun ada yang malas nak
berusaha lagi. Nak hidup senang tapi langsung taknak bersusah even sedikit pun. Sedarlah wahai umat
manusia akhir zaman. Banyak-banyak kaji Quran insyaAllah kita menjadi orang yang lebih baik. Amin
Contoh istighfar yang boleh diamalkan :-
- Surah Al-A'raf : 23
- Surah Nuh : 28
- Surah Ibrahim : 28
- Maa'thurat
*Setiap nabi ada istighfar yang berbeza yang diabadikan dalam Al-Quran
Apa punca kita ni makin hari makin jauh daripada Allah?
- Dah tahu tapi lengahkan
"Alaa takpe. Aku baru 20 tahun. Masih panjang lagi nak taubat. Esok lusa dah 40 barulah taubat.
Sekarang masa nak enjoy. Enjoylah cukup-cukup...."
Sewaktu umur 40 tahun...
"Alaa...Baru 40. Muda lagi. Aku masih nak enjoy dengan benda-benda ni. Ni tengah asyik. Nanti
dah 60 aku taubatlah..."
Perasan tak? Makin lama, makin tangguh. Ada saja 1001 alasan yang akan keluar. Esok Allah tarik
nyawa tak sempat nak sampai 60. Kan sia-sia. Jangan asyik fikir nak enjoy je dengan
kehidupan sementara ni. Sepatutnya kita lebih kuat bekerja, lebih bersungguh-sungguh
nak capai yang lebih baik.
- Kesan
- Tak dapat hampir dengan Allah
- Tidak akan mendapat kasih sayang dan cinta Allah
Dosa + Maksiat = Tak dapat REDHA ALLAH
Ingatlah,
Allah tidak akan ubah suasana nadi kita yang nak ke arah duniawi ini, melainkan kita sendiri yang nak.
Bagi setiap manusia ada penjaga di kiri kanan atas bawah dengan perintah Allah. Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang nak berubah.
So renung-renungkan apa yang telah kita lakukan. Buat muhasabah diri setiap kali lepas solat atau anytime kita nak buat.
Last but not least, Never give up and try more harder! Wassalamuna'laik.

Comments
Post a Comment