Itulah tintaku PadaMU!
Tintaku padaMU
Hanya satu yang ku pinta
Engkau hadirkanlah buatku sinar bahagia
Engkau semaikanlah benih-benih cinta dan kasih sayang
Engkau taburkanlah dengan ketaqwaan yang penuh barakah
Engkau kurniakan daku seorang yang mampu memimpinku ke jalan yang Engkau redhai
Engkau tabahkanlah sekeping hatiku yang sering hancur pecah berderai
Engkau kuatkanlah semangat yang kian membara mencambah api semarak rasa sayang akanMu
Tintaku padaMu
Hanya satu yang ku pinta
Engkau lindungilah mereka disekelilignku
Jangan pernah biarkan mereka mengalirkan air mata kesyahduan
Menangisi sebuah perjalanan yang kosong
Jangan pernah biarkan air mata itu menitis menyembah bumi
Jangan pernah biarkan air mata itu membasahi pipi mulus itu
Aku ingin melihat senyuman yang terukir di bibir itu
Aku ingin melihat kegembiraan pada wajah itu
Biarkan wajahnya berseri disinari nur kebahgiaan
Nur kewangian gembira tanpa secalit duka, resah dan gelisah
Tintaku padamu
Hanya satu yang ku pinta
Biar mereka menangis kerana gembira
Bukan kerana kecewa
Biar mereka menangis kerana bahagia
Bukan kerana duka sengketa yang melanda jiwa
Biarkan mereka menangis kerana rindu akan sinar ketaqwaan itu
Biar tangisan itu berlagu kerana mengingati cinta akanNya
Itulah tintaku padaMU!
Nukilan;
Norul Wafiqah
.jpg)

Comments
Post a Comment