Sekadar Berbahasa

Seperti hati yang terasa
Sinar mentari menusuk jiwa
Terasa heningnya suasana
Sesegar dedaun di rimba
Sekadar berbahasa
Menurut sahaja perintah mereka
Ku cuba tepis rasa hiba di jiwa
Ku cuba tepis rasa sayu di sanubari
Dan cuba menerima mereka
Sekadar berbahasa
Segarit senyuman menghiasi bibirku
Segarit bahgia tersemat di hati
Segarit ketenangan di minda
Segarit ketabahan di jiwa
Sekadar berbahasa
Melukut di tepi gantang
Mencuba menerima seperti mereka menerima aku
Mencuba menerima seperti mereka menyayangi aku
Mencuba menerima hakikatnya memang begitu
KepadaNya aku berserah
KepadaNya aku meminta kasih sayang
Yang kekal selamanya
Sekadar berbahasa
Aku terduduk di tangga penyesalan
Baru sahaja ingin aku mengkhabarkan berita
Baru sahaja ingin ku sampaikan khabar
Mereka pergi
Pergi...
Tinggallah aku sendirian di kala ini
Menanggung duka dan lara seorang diri
Tiada maaf lagi buatku
Tiada senyuman lagi buatku
Yang hanya tinggal sebuah penyesalan....

Comments
Post a Comment