Problem
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Ada saat
manusia akan berasa lelah dan penat. Hatinya penuh dengan debu kekecewaan, duka dan
terkoyak perih. Saya tahu awak melaluinya. Saya tidak terlepas dengan soal hati
yang pernah remuk dilanggar bedilan kecewa dan hampa. Membinasakan jiwa. Ended
up hanya terduduk menangis di sudut ruang sempit.
Seorang
kawan yang saya jumpa di kem tiba-tiba melontarkan sebuah mesej melalui
instagram. Saya ketika itu sedang tenggelam dalam dakapan novel baharu
kumiliki. Bila mesej masuk, “siapa hantar mesej ni?” saya jenis lupa nama orang
tapi insha Allah akan ingat muka orang. Adam Hafizy. Scroll dalam phone contact
untuk ingat balik. Maaf kepada awak-awak yang saya kenal sebab saya memang lupa
pada orang yang jarang saya bercakap. Hatta, batch saya sendiri ada yang saya tak
pernah bercakap pun dengan mereka. Mohon ampun pada VII.
Dia ada
kawan yang sedang dilanda ribut masalah. Kawan dia merasakan hidupnya lifeless
dan putus harapan untuk teruskan langkah. Hampir membuat keputusan untuk
lenyapkan nyawa dengan beraksi bagai pencabut nyawa sendiri namun, kerana Islam
menarik dia untuk tidak berbuat begitu. Aku tergigit lidah bila
mendengarkannya. Adam dan kawannya bagaikan adik kepadaku. Masakan seorang
gadis yang jauh lebih muda daripadaku sudah berbuat keputusan sebegitu. Aku
jatuh kasihan pada hati dia yang hilang. Hanya denyutan jantung yang terus
berlagu namun, rohaninya hanya terus berlegar sekadar menunggu masa untuk
lenyap. Padam.
Aku tanya
soal masalah kawannya. Adam kata “Dia hanya bagi hint tapi aku tahu dia dalam
masalah. Aku yakin kau boleh tolong dia sebab kau perempuan dank au lebih tahu
isi hati dia.” Berat dan berat. Aku fikir dan diam sejenak untuk berfikir.
Manusia putus harapan kerana masalah.
Get back
pada Allah – getus hatiku. Aku tidak jumpa cara lain untuk membina sebuah
harapan bagi meneruskan hidup melainkan kau berpaling semula pada Dia yang Maha
Pengasih. Aku petik kata-kata Budak Tomato; ‘Please be motivated.
Motivational quotes ain’t motivating you if you don’t have the will to keep
moving.”
Manusia
boleh terus berlari kalau hadapi masalah tetapi sampai bila mahu hidup dalam
mimpi ngeri masalah yang takkan pernah selesai melainkan awak hadapinya
sendiri? Kau, awak, kamu, dia, saya, kita, mereka hanya dapat lari tetapi
masalah akan terus menjadi bayang-bayang. Hadapi sebab mungkin dalam langkah
kita sehari-hari ada yang terpelecok menyebabkan bengkak di kaki.
Allah
jadikan manusia dengan alam untuk dia pelajari dan hayati makna disebalik
kejadian alam. Kalau dalam Physic kita tahu fenomena alam hanya lima iaitu
pembiasan, pantulan, pembelauan, interferens dan gelombang. Refleksi setiap
fenomena ini adalah cahaya memainkan peranan kerana cahaya bertindak sebagai
suatu elemen yang penting untuk membuktikan kejadian tersebut. Tanpa cahaya,
lima fenomena itu tidak dapat berlaku. Tanpa cahaya jatuh ke titik retina,
manusia akan buta. Tanpa cahaya jatuh ke dalam hati, manusia hanyalah jasad
bernyawa tanpa jiwa yang hidup merasai keagungan Allah dalam setiap helaan
nafas. Bersyukur dan hargailah.
Aku katakan
pada Adam, “Bina semula kepercayaan pada Allah. Berhenti kata malas dan putus
harapan. Allah tidak menciptakan manusia untuk duduk, baring dan menangis tanpa
berusaha berbuat sesuatu. Move on.”
In the
name of Allah,
Have we
not expended for you your chest?
And taken
off from you your burden,
Which
pressed heavily upon your back?
And
exalted for you your esteem?
Surely
with difficulty is ease.
With
difficulty is ease surely.
So, when
you are free, nominate.
And make
Allah as your exclusive things.
Manusia
itu sedang tidak sedar mana arah untuk dia menlangkah. Dia sedang dikuasai
emosi dan jiwa yang mati. Hatta nadi masih berdenyut lembut, dia mati. Lemah.
Fragile gila.
Bangkit
dan bangkit. Aku lihat walau si miskin duduk mengemis di kaki lima, bukti dia
berusaha untuk mengubah nasib walaupun tidak disenangi masyarakat. Pandanglah
dan salami jiwa si pengemis di kaki lima agar awak ambil ibrah (pengajaran)
daripada hidupnya. Jangan awak hina dan cerca sebab awak tidak tahu pengakhiran
hidup awak akan terus bahagia atau awak mati tanpa sempat ucap maaf pada insan
sekeliling awak.
Buat
awak, gadis yang merasakan dirinya tidak berguna lagi di dunia, soal pada hati
awak. Kenapa awak masih lagi terus bernafas. Kenapa awak masih lagi boleh makan
saat lapar. Kenapa awak masih boleh melukis di atas kain kanvas seperti selalu.
Allah cintakan awak. Allah sayangkan awak. Allah cuit hati awak untuk dengar
awak kembali menyebut “Ya Allah.” With deeply from your fragile heart. On top
of that, kalau awak terus berlari tanpa usaha untuk berubah, awak akan dikejar
bayang-bayang kecewa. Kekecewaan orang yang menyayangi awak. Kekecewaan cinta
awak. Dia manusia juga yang punya hati
dan keyakinan untuk melihat awak bangun daripada kemelut jiwa yang menyiksakan.
Bangun awak. Buka langkah dan berlari di taman ketenangan.
Saya curi
ayat sahabat Usrah Heybat saya,
“Be
tough. Be a strong girl. Biar orang buat kita jangan kita buat orang. Kuat.
Legend muslimah mana boleh lemah do. Meh nak tarik tangan bangkit sama-sama.
Lupakanlah orang yang tak hargai kita. Lupakanlah. Dia tak layak untuk
disayangi. kalau dia lupa diri, tegur. Kalau dia taknak dengar, biarkan. Kalau
rasa dia abaikan awak, please pergi daripada hidup dia cepat-cepat. Takut awak
terluka lebih dalam. Stay qawiy(kuat), sis. – Sha wrote this for me when I felt
so tired and hurt.
Saya
pegang kata-kata;
And me too, love. Chill. I feel
you. Kadang-kadang kecoh je bagi semangat dekat orang lain apa semua padahal
diri sendiri bila masalah depan mata, punyalah payah nak bangkit sendiri.
Sokay, biasalah tu. Kita kan manusia. Perlukan juga dorongan dari orang lain.
Allah uji bukan saja-saja.
Perkongsian
daripada tazkirah Usrah Heybat,
Fudhail
bin ‘Iyadh berkata : Aku belajar tentang sabar daripada seorang kanak-kanak
kecil. Pada suatu hari dia dipukul oleh ibunya lalu keluar daripada rumah.
Ibunya terus mengunci pintu. Budak itu menoleh sekeliling untuk mencari tempat
perlindungan tetapi hampa. Dia kembali ke rumahnya namun, ibunya masih mengunci
pintu. Dia terduduk dan meletakkan pipinya di pintu, lalu tertidur. Ibunya
membuka kunci dan mengusap wajah anaknya yang tertidur. “siapa yang dapat
menjagamu selain aku? Tidakkah aku berkata jangan melawan kata-kataku?” si ibu
memeluk anaknya dan membawanya masuk ke dalam rumah.
Melihat
peristiwa itu, Fudhail menangis sehingga basah janggutnya. Dia berkata : Maha
Suci Allah! Sekiranya seseorang hamba itu sabar menunggu di pintu Allah.
Pastilah Allah akan buka pintuNya untuk hamba itu!
Abu Darda’ berkata :
Bersungguh-sungguhlah berdoa. Sesungguhnya siapa yang banyak mengetuk pintu,
tidak lama pintu itu akan dibuka untuknya.
Maka
sesiapa yang belum mengecapi kemanisan taubat, solat, selawat, zikir, puasa,
qiam, sedekah dan tilawah al-Quran sehingga sekarang, jangan berputus asa.
Jangan tinggalkan pintu Allah kerana sebentar lagi ia akan dibuka. Sabarlah
seketika cuma. Mudah-mudahan Allah akan buka pintu-pintu rahmatNya untukmu dan
akan berjurai anugerahNya.
Ibrah :
Jalan menuju Allah sentiasa terbuka luas. Allah tak pernah menjauh tetapi kita
yang sering menjauhkan diri daripadaNya.
Wallahua’lam

Comments
Post a Comment