A.K.U.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Lama sudah emari ini tidak mencoretkan kata luahan. Berbulan menggunung perasaan aku terpendam. Entah pada siapa yang akan kucari untuk setiap luahan ini. Mereka kata "Pada Allah kau mengadu masalah kau." Ya, aku akui itulah cara yang lebih afdal malahan digalakkan agar setiap bebanan yang digalas berkurangan sekaligus menjadi kafarah dosa.
Aku dikenali sebagai anak ustaz datang daripada keluarga golongan ustaz ustazah. Tidak aku nafikan ramai mengatakan aku beruntung lahir dalam suasana yang penuh barakah. Maka dengan tiket ini, semua seakan berlakon di hadapanku menjadi baik, layanku dengan baik. Tapi bila ku tilik cara mereka it is so fake! Sungguh aku tak suka.
Aku lebih senang dengan cara yang selamber. Sama ratakan sahaja layanan awak semua. Saya suka awak semua layan saya dengan baik means awak hormatkan saya macam mana saya hormatkan awak plus mungkin awak nak saya selesa dengan surroundings. Acceptable dengan awak semua.
Awak, saya suka usaha awak supaya saya selesa dan adapt surroundings dengan cepat. Terima kasih atas usaha awak.
Bila aku renung dalam diri, aku semakin yakin aku seakan kosong. KOSONG. Aku nothing dengan semua benda. Aku pun tak tahu Aku lost dengan feeling yang ada dalam jiwa. Kadang-kadang aku jadi bagai orang tak berperasaan. Tak rasa apa-apa. Entah kenapa.
Aku rasa nak menangis, aku menangis. Bila nak marah, aku seperti loose control and out of my temper. Marah yang sebenarnya. Rasa nak senyum itu yang paling susah. Sangat susah untuk sebuah senyuman menghiasi bibir aku. Even orang buat lawak, sebelah aku semua dah ketawa tapi aku sekadar tersengih sikit sangat then serius balik. Bila balik rumah, orang rumah akan label aku seorang yang stress. Sebenarnya salah. Aku tak stress tapi lebih banyak berfikir.
Setiap pagi, aku banyak termenung masa jalan naik tangga blok kelas. Orang yang akan selalu tegur pagi-pagi ialah Amirah. "Wafiqah, okay?" Aku hanya sekadar tersengih kecil. Itulah rutin harianku akhir-akhir ini.
Bila Amirah pindah balik Selangor, aku jadi seorang balik. Dia antara tempat aku share kesulitan dan keresahan yang aku alami. Dia tempat yang aku luah setiap pendapat dan ketidakpuasan hati aku. *Syukran alaiki sebab sentiasa dengar bebelan saya setiap hari.*
Sekarang tinggallah beberapa yang tinggal di SHARODZ. Takpe, mungkin bukan rezeki aku untuk mencari diri A.K.U di sana. Aku terima dengan hati terbuka dan always pray for you all achievement. Aku terkenang balik tiga minggu lepas kisah 'KETIDAKJADIAN" berpindah ke Sekolah Menengah Sains.
Aku dapat surat tawaran SMS 15 April sama dengan Melaka Bersejarah kiranya. Tapi dapat tahu 17 April. Aku tak sangkalah dapat pun. Aku ketawa masa bukak sampul surat tu. Tertera nama sekolah SMS Perempuan Seremban. Excited sangatlah masa tu sebab segala harapan dapat tercapai. Opah pun setuju supaya aku pergi sana. Alasannya masa pakcik aku dulu, susah nak dapat walaupun keputusan baik. So kiranya ni sebagai challenge untuk sahut 'seruan' SGS (Seremban Girls School).
Malam tu straight up forward whatsapp Alia yang aku dapat tawaran SBP. Menangis-nangis si Alia dapat tahu. Hehehe sorrylah awak saya susahkan hati perasaan awak. Dia call sampai nangis kuat sangat pujuk supaya jangan pergi dulu, teruskan perjuangan kat SHARODZ. Aku ni lain sikit bila bercakap kat telefon. Orang sana dah menangis mengalir air mata, aku boleh ketawa dengar apa yang dia cakapa sampai kena marah sebab relax je jawab soalan dia.
Next week pulak, heboh cakap aku nak pindah. Masa nak isi borang pindah, berhenti sekolah segala bagai, Jumpa ustazah "Sabar jelah dengan budak ni nak pindah." Jumpa cikgu sains "Awak yakin dengan keputusan awak? Dah buat istikharah?" Minggu yang sama pula aku terlibat dengan bahas Bahasa Melayu peringkat negeri. Aku tak mampu nak jawab apa senyum jelah dengar kata-kata nasihat orang.
Hari Khamis, lepas bahas tu, hari sukan. Kebetulan sama dengan hari sekolah pihak lawan bahas juga. Petang tu semua tanya, "Wafiqah betul ke harini last day kat Sharodz?" Hampir semua bertanya soalan yang sama. Even cikgu MIKI pun tanya. Huhu. Teacher Has mesej aku kat whatsapp tanya betul ke keputusan yang aku buat ni? Taknak fikir balik?
Masa teman Alia nak balik jumpa mama dia, tanya kat mama Alia. "Cikgu sempat ke kalau Fiqah nak tarik balik keputusan? Betul ke keputusan Fiqah ni?" Mama Alia pun sebenarnya tak setuju dengan keputusan aku untuk pergi dari Sharodz sebab aku dah ada nama dan kedudukan sendiri. Orang kenal potensi aku. So dia kata, sempat lagi Fiqah. Fikir betul-betul.
Aku tanya Amirah, Haneym, Shamiera, Mirza. Yang membuatkan aku terfikir balik tentang keputusa sendiri bila mana waktu kalah bahas atau second place negeri, group aku hanya ketawa sahaja seolah-olah kamilah juara hari itu. Semua no hard feelings dan relax je. Itu yang sangat menusuk hatilah. Hati kecil aku bicara rintih "Fiqah, betul ke keputusan kau?"
So malam tu mulalah sesi menangis, berdrama, bermuhasabah segala bagai dengan umi. Kebetulan minggu itu juga ayah kursus.
And this is me for this time being, I will stay here in SHARODZ until form 5 and the rest of time. Bak kata "Cinta pertama dan terakhir di sini".
Okay aku faham, entry kali ni macam merepek. So kesan Amirah pindah, aku jadi lagi diam dan double banyak kali fikir masalah sekeliling. Aku tahu, aku tak boleh ubah dengan drastik seiring dengan apa yang aku diddidik di rumah. Aku telan je bila ada kata aku budak skema. So, what wrong with skema girl? Aku manusia jugak buat salah kadang-kadang. Just try end error setiap perbuatan kita untuk observe sekeliling. Be positive, Jangan jadi macam aku yang serabut ni. Huhuhu. :)
Last but not least, jadilah diri korang sendiri. Jujur dengan sekeliling bukan sebab dia berpangkat atau apa pun. Bila kawan kerana Allah, ukhwah tu lebih manis dan berkekalan. Wassalamualaikum. :)


Comments
Post a Comment